Monday 19 March 2012

~ WALK 4 ELECTION ~

15 Mac 2012 (Khamis), 5.30 Petang
~*BANNER FPEND utk Walk For Election*~
Alhamdulillah "Walk 4 Election" dapat juga diteruskan walaupun selepas Asar hujan turun dengan lebatnya. Semua peserta W4E telah berkumpul di Pusanika sebelum memulakan perjalanan. Lebih kurang pukul 6 petang semua yang terlibat memulakan perjalanan dari Pusanika ke FPI, seterusnya ke Dataran Panggung Seni (di Dectar) dan kembali ke Pusanika.

Peserta W4E

Berkumpul di Pusanika

Sokongan drpd Presiden PMUKM

Sebelum bermulanya perjalanan W4E, pihak urusetia telah menyediakan slot pidato sepanjang program W4E petang ini. Pidato pertama disampaikan oleh seorang pelajar FPI Tahun 1 iaitu Saudara Hasyir Ifwat dan disambung oleh pemidato kedua iaitu Saudari Noraini Jumahir, pelajar FST Tahun 3.
Pidato 1
Pidato ke-2

Setelah berakhirnya sesi pidato, sesi taklimat program (perjalanan) W4E disampaikan oleh urusetia yang bertugas. Perjalanan ini akan bermula dari hadapan Pusanika ke FPI, seterusnya ke Panggung Seni dan berpatah balik ke Pusanika.
Taklimat perjalanan W4E
Perjalanan ke FPI

Sampainya di parking motor FPI, pidato ke-3 dikumandangkan oleh seorang pelajar FST Tahun 2 iaitu Saudara Harith Faisal.
Pidato ke-3

Seterusnya disambung dengan deklamasi "SAJAK" oleh Saudari Siti Fatimah Sabran, pelajar FST Tahun 2.
Pendeklamasian "SAJAK"
Ucapan wakil golongan Cina dari FUU

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Panggung Seni sebagai destinasi terakhir W4E kali ini. Semua peserta berjalan di dalam barisan supaya tidak berlaku kesesakan jalan.
Perjalanan ke Panggung Seni (Dectar)
Suasana di depan Panggung Seni

Di Panggung Seni pula, penyampaian pidato disambung oleh Saudari Khairon Najah, pelajar FPEND Tahun 3 (Tesl) serta Saudari Rosilina, pelajar FKAB yang juga merupakan pelajar Tahun 3.
Pidato ke-4

Pidato ke-5

Ucapan Istimewa oleh Min Su Tzu (Baru saja memeluk ISLAM)

Selepas selesai sesi pidato, program W4E diteruskan dengan menandatangai kain rentang sebagai simbolik para peserta menyokong "Walk for Election".
"Kami Menyokong Walk fOr Election"

"CIKGU sokong Walk For Election"

Program Walk for Election berakhir dalam pukul 7 petang, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami harap seluruh mahasiswa di UKM dapat mengambil sedikit input daripada perlaksanaan "WALK FOR ELECTION" ini.

Monday 20 February 2012

~* UCAPAN SELAMAT DATANG DAN MEMULAKAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012 *~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan-rakan mahasiswa yang saya kasihi, marilah sama-sama kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana diberi ruang dan peluang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu di perbukitan ilmu yang kita cintai ini. Sebelum saya terlupa, ingin saya ucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada seluruh mahasiswa fakulti pendidikan yang telah Berjaya dalam peperiksaan semester 1 yang lalu. Saya optimis bahawa mahasiswa fakulti pendidikan merupakna mahasiswa yang mempunyai sifat keintelektualan yang tinggi.
            Justeru peluang ini seharusnya digunakan bukan sahaja dalam menjawab peperiksaan malah boleh menyatakan pendirian dan pandangan tentang sesuai isu. Saya suka mendengar satu slogan yang berbunyi "Guruku Kau Ibarat Sebagai Cahaya”. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan  tahun 4 saya kasihi, selamat berpraktikal dan mulakan langkah dan niat yang jitu dalam mendidik generasi masa hadapan di sekolah menengah sekitar negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kajang dan Putrajaya. Buktikan yang kita semua mampu melakukan yang terbaik.
            Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, sempena dengan kedatangan bulan Rabiulawal yang ini, marilah sama-sama kita menunjukkan kasih dan cinta kita kepada Rasullullah s.a.w sebagai contoh ikutan yang terbaik. Sememangnya, kita sebagai bakal guru perlu menjadikan nilai yang terdapat pada diri Rasullullah dalam proses mendidik para pelajar kita suatu masa nanti.
Saya mengharapakan rakan-rakan terus menyokong agenda perjuangan Persatuan Mahasiswa UKM agar kemenangan yang telah dicapai ini dapat dikekalkan dan membolehkan perubahan-perubahan yang lebih besar dapat direncana dan dilaksanakan dengan jayanya. Salam perjuangan buat mahasiswa. Anda Penentu Segalanya. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

Credits IKHLAS by: MPP FPEND sesi 2010/2011

Monday 23 January 2012

GURU PEMBENTUK AKHLAK TERPUJI


Alhamdulillah dan syukur, hari ini telah diberikan kesempatan untuk membincangkan mengenai ciri-ciri seorang muaddib. Sememangnya perwatakan guru bukanlah hanya penyampai  maklumat dan pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Paling penting, ialah guru berperanan mengajarkan adab kepada pelajar-pelajarnya. Hal ini bertujuan melahirkan dan mengeluarkan manusia yang bergelar modal insan kelas pertama.
Perkataan mu’addib boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab. Pengertian ta’dib dan akhlak tiada bezanya keduanya membawa maksud perlakuan dan tingkah laku yang baik bersumberkan wahyu. Manakala normal pula bermaksud perlakuan baik mengikut noma, peraturan dan ketetapan yang dipersetujui oleh sesebuah komuniti manusia. 


Hal ini amat penting berdasarkan daripada hadis daripada Ayyub ibn Musa r.a. daripada bapanya dan daripada datuknya bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda, “Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepadanya anaknya yang lebih utama daripada budi pekerti yang baik.

Dalam konteks dunia pendidikan, guru amat berperanan yang sangat penting dengan mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis serta menyuburkan akhlak mulia, disiplin dan tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri pelajar.

Antara ciri-ciri seorang mu’addib ialah memakai pakaian yang bersesuai dan kemas (menuutup aurat), menepati masa, menunjukkan kewibawaan, mempamerkan sifat keceriaan, mengambil berat tentang perkembangan adab pelajar, menjaga maruah, serta menampilkan perwatakan yang baik. Manakala perkara yang amat penting ialah guru memberikan penerapan akhlak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

InsyaAllah, semoga sedikit perkongsian tips-tips bagaimana kita sebagai bakal guru bukan sahaja menjadi guru semata-mata tetapi menjadi mu’addib kepada pelajar. Akhir kalam, selamat bercuti kepada rakan-rakan sekalian.Wassalam. "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

Wednesday 18 January 2012

PERUTUSAN MPP SEMPENA TAHUN BARU CINA DAN CUTI SEMESTER


Assalamualaikum  dan Salam Sejatera.

PERUTUSAN MPP FAKLUTI PENDIDIKAN 2010/2011

Pertama dan selamanya syukur kepada Allah s.w.t kerana  diberikan kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di perbukitan ilmu ini. Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan kerana berjaya menghabiskan pengajian di semester 1 2011/2012, insyaAllah dengan jayanya.

            Pejam celik, kita berada di penghujung semester, selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan gunakanlah peluang dan ruang masa yang ada untuk berbakti kepada kedua ibubapa kita dan seluruh masyarakat diluar sana. Sesungguhnya, khidmat dan bantuan kita amat diperlukan dalam mendidik generasi masa hadapan.  Tidak lupa kepada rakan-rakan yang berbangsa Tiong Hou dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina.


Kepada adik-adik Fakulti Pendidikan UKM di tahun 1,2 dan 3 teruskan perjuangan adik-adik dalam menuntut ilmu sebagai bekalan  untuk menjadi guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi, komitmen dan berdispin demi mendidik anak bangsa. Kepada rakan-rakan mahasiswa bakal guru tahun 4 Fakulti Pendidikan UKM, saya ingin mengucapkan selamat berpraktikal dan jaga keselamatan diri semasa menjalani praktikal di sekolah nanti. Harapan saya agar kalian menimba sebanyak ilmu yang mungkin dalam kehidupan seorang pendidik di sekolah tanpa kenal erti penat lelah. InsyaAllah, saya doakan kalian semua dapat menjalankan praktikal dengan jayanya.

Sedikit tips bagaimana kita hendak menjadi pendidik yang mantap dan unggul iaitu dengan mengikut model 5M iaitu Muallim, Mudarris, Muaddib, Murabbi dan Mursyid. Pada hari ini saya ingin menyampaian ciri-ciri seorang guru yang bersifat Murabbi iaitu dengan penerapan unsur ketauhidan kepada pelajar, menerapkan unsur kemanusiaan, menggunakan bahasa yang sesuai, memotivasikan pelajar, mengenali pelajar dan ibubapa mereka, menunjukkan kasih sayang kepada mereka, menghormati idea pelajar, menegur pelajar dengan berhikmah, Sekiranya perlu menghukum pelajar, hukumlah untuk mendidik dan bukan mendenda, memanggil pelajar dengan mesra dan penuh kasih sayang. Akhir sekali,sebagai guru perasaan hubungan keibubapaan dengan pelajar.

Rakan-rakan mahasiswa/i, pesanan saya yang terakhir, walaupun sibuk mana kita disekolah, perjuangan Falsafah Universiti kita di kampus perlu diteruskan. Mohon sokongan daripada rakan-rakan sekalian untuk terus menyokong gagasan kepimpinan PMUKM. Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms