Monday 20 February 2012

~* UCAPAN SELAMAT DATANG DAN MEMULAKAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012 *~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan-rakan mahasiswa yang saya kasihi, marilah sama-sama kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana diberi ruang dan peluang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu di perbukitan ilmu yang kita cintai ini. Sebelum saya terlupa, ingin saya ucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada seluruh mahasiswa fakulti pendidikan yang telah Berjaya dalam peperiksaan semester 1 yang lalu. Saya optimis bahawa mahasiswa fakulti pendidikan merupakna mahasiswa yang mempunyai sifat keintelektualan yang tinggi.
            Justeru peluang ini seharusnya digunakan bukan sahaja dalam menjawab peperiksaan malah boleh menyatakan pendirian dan pandangan tentang sesuai isu. Saya suka mendengar satu slogan yang berbunyi "Guruku Kau Ibarat Sebagai Cahaya”. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan  tahun 4 saya kasihi, selamat berpraktikal dan mulakan langkah dan niat yang jitu dalam mendidik generasi masa hadapan di sekolah menengah sekitar negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kajang dan Putrajaya. Buktikan yang kita semua mampu melakukan yang terbaik.
            Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, sempena dengan kedatangan bulan Rabiulawal yang ini, marilah sama-sama kita menunjukkan kasih dan cinta kita kepada Rasullullah s.a.w sebagai contoh ikutan yang terbaik. Sememangnya, kita sebagai bakal guru perlu menjadikan nilai yang terdapat pada diri Rasullullah dalam proses mendidik para pelajar kita suatu masa nanti.
Saya mengharapakan rakan-rakan terus menyokong agenda perjuangan Persatuan Mahasiswa UKM agar kemenangan yang telah dicapai ini dapat dikekalkan dan membolehkan perubahan-perubahan yang lebih besar dapat direncana dan dilaksanakan dengan jayanya. Salam perjuangan buat mahasiswa. Anda Penentu Segalanya. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

Credits IKHLAS by: MPP FPEND sesi 2010/2011

1 comments:

Atika Aula said...

:)

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms