Monday 23 January 2012

GURU PEMBENTUK AKHLAK TERPUJI


Alhamdulillah dan syukur, hari ini telah diberikan kesempatan untuk membincangkan mengenai ciri-ciri seorang muaddib. Sememangnya perwatakan guru bukanlah hanya penyampai  maklumat dan pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Paling penting, ialah guru berperanan mengajarkan adab kepada pelajar-pelajarnya. Hal ini bertujuan melahirkan dan mengeluarkan manusia yang bergelar modal insan kelas pertama.
Perkataan mu’addib boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab. Pengertian ta’dib dan akhlak tiada bezanya keduanya membawa maksud perlakuan dan tingkah laku yang baik bersumberkan wahyu. Manakala normal pula bermaksud perlakuan baik mengikut noma, peraturan dan ketetapan yang dipersetujui oleh sesebuah komuniti manusia. 


Hal ini amat penting berdasarkan daripada hadis daripada Ayyub ibn Musa r.a. daripada bapanya dan daripada datuknya bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda, “Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepadanya anaknya yang lebih utama daripada budi pekerti yang baik.

Dalam konteks dunia pendidikan, guru amat berperanan yang sangat penting dengan mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis serta menyuburkan akhlak mulia, disiplin dan tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri pelajar.

Antara ciri-ciri seorang mu’addib ialah memakai pakaian yang bersesuai dan kemas (menuutup aurat), menepati masa, menunjukkan kewibawaan, mempamerkan sifat keceriaan, mengambil berat tentang perkembangan adab pelajar, menjaga maruah, serta menampilkan perwatakan yang baik. Manakala perkara yang amat penting ialah guru memberikan penerapan akhlak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

InsyaAllah, semoga sedikit perkongsian tips-tips bagaimana kita sebagai bakal guru bukan sahaja menjadi guru semata-mata tetapi menjadi mu’addib kepada pelajar. Akhir kalam, selamat bercuti kepada rakan-rakan sekalian.Wassalam. "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms