Wednesday, 18 January 2012

PERUTUSAN MPP SEMPENA TAHUN BARU CINA DAN CUTI SEMESTER


Assalamualaikum  dan Salam Sejatera.

PERUTUSAN MPP FAKLUTI PENDIDIKAN 2010/2011

Pertama dan selamanya syukur kepada Allah s.w.t kerana  diberikan kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di perbukitan ilmu ini. Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan kerana berjaya menghabiskan pengajian di semester 1 2011/2012, insyaAllah dengan jayanya.

            Pejam celik, kita berada di penghujung semester, selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan gunakanlah peluang dan ruang masa yang ada untuk berbakti kepada kedua ibubapa kita dan seluruh masyarakat diluar sana. Sesungguhnya, khidmat dan bantuan kita amat diperlukan dalam mendidik generasi masa hadapan.  Tidak lupa kepada rakan-rakan yang berbangsa Tiong Hou dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina.


Kepada adik-adik Fakulti Pendidikan UKM di tahun 1,2 dan 3 teruskan perjuangan adik-adik dalam menuntut ilmu sebagai bekalan  untuk menjadi guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi, komitmen dan berdispin demi mendidik anak bangsa. Kepada rakan-rakan mahasiswa bakal guru tahun 4 Fakulti Pendidikan UKM, saya ingin mengucapkan selamat berpraktikal dan jaga keselamatan diri semasa menjalani praktikal di sekolah nanti. Harapan saya agar kalian menimba sebanyak ilmu yang mungkin dalam kehidupan seorang pendidik di sekolah tanpa kenal erti penat lelah. InsyaAllah, saya doakan kalian semua dapat menjalankan praktikal dengan jayanya.

Sedikit tips bagaimana kita hendak menjadi pendidik yang mantap dan unggul iaitu dengan mengikut model 5M iaitu Muallim, Mudarris, Muaddib, Murabbi dan Mursyid. Pada hari ini saya ingin menyampaian ciri-ciri seorang guru yang bersifat Murabbi iaitu dengan penerapan unsur ketauhidan kepada pelajar, menerapkan unsur kemanusiaan, menggunakan bahasa yang sesuai, memotivasikan pelajar, mengenali pelajar dan ibubapa mereka, menunjukkan kasih sayang kepada mereka, menghormati idea pelajar, menegur pelajar dengan berhikmah, Sekiranya perlu menghukum pelajar, hukumlah untuk mendidik dan bukan mendenda, memanggil pelajar dengan mesra dan penuh kasih sayang. Akhir sekali,sebagai guru perasaan hubungan keibubapaan dengan pelajar.

Rakan-rakan mahasiswa/i, pesanan saya yang terakhir, walaupun sibuk mana kita disekolah, perjuangan Falsafah Universiti kita di kampus perlu diteruskan. Mohon sokongan daripada rakan-rakan sekalian untuk terus menyokong gagasan kepimpinan PMUKM. Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms