Pada 5 Mac 2011, satu lawatan ke Jeli telah diadakan bagi melawat seorang pelajar yang bernama Arzuan daripada Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi (SUKRES) tahun 1 yang mengalami kemalangan jalan raya pada cuti pertengahan semester hari raya aidilfitri yang lalu. Lawatan ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan Pelajar dengan kerjasama ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan,YDP Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA), Persatuan Mahasiswa Fakuli Pendidikan (PENDIDIK) dan beberapa orang rakan sekuliah Pendidikan Sukan dan Rekreasi (SUKRES) Tahun1. Rombongan ini terdiri daripada 30 orang peserta. Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat sendiri tahap perkembangan kesihatan selepas enam bulan saudara Arzuan berehat berada di rumah.
Pelajar tersebut mengalami koma hampir sebulan dan Alhamdulillah telah sedarkan diri cuma kadar ingatan masih lagi belum pulih sepenuhnya. Pelajar tersebut mengalami kecederaan di kepala dan tidak mengalami sebarang kepatahan. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, pelajar tersebut akan meneruskan pengajiannya pada sesi pengajian 2011/2012. Keluarga pelajar tesebut menyambut kami dengan hati yang terbuka. Bacaan Tahlil dan Doa selamat turut diadakan bertujuan memohon keberkatan daripada Allah s.w.t supaya pelajar tersebut dapat sembuh seperti dahulu dan menjalani kehidupan seorang mahasiswa di bumi UKM dan pemimpin di masa hadapan. Jamuan juga turut disediakan oleh pihak keluarga saudara Arzuan.
Sekalung tahniah dan penghargaan diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini. Diharapkan usaha dan lawatan ini dapat diteruskan demi kebajikan mahasiswa/i UKM dapat dipertingkatkan. Doa daripada rakan-rakan mahasiswa UKM amat diharapkan supaya Arzuan dapat sihat seperti dahulu dan meneruskan pengajiannya di UKM.
Sesi bergambar rakan-rakan fakulti pendidikan bersama saudara Arzuan