Ybhg. Prof. Dr. Lilia Halim
Dekan Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Melalui:
Ahmad Muzammil bin Muhd Hairi
Presiden
Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ybhg. Prof. Dr.,
MEMOHON MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan ingin memberi beberapa cadangan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di Fakulti Pendidikan demi keselesaan para pelajar.
3. Senarai cadangan adalah seperti beikut:
1. Mengoptimumkan penggunaan Galeri Fakulti Pendidikan sebagai Pusat Perbincangan Kumpulan.
2. Menyediakan ruang letak motosikal di hujung bangunan Gerak Minda.
3. Menyediakan sebuah mesin watercooler di Bangunan Bilik Pengajaran Mikro dan Makmal.
4. Membaiki mesin watercooler di Gerak Minda dan bawah Pejabat Dekan Fakulti.
5. Menyediakan mesin air minuman jenis Tropicana Twister di Bangunan Gerak Minda.
6. Menyediakan meja permainan ping pong di bawah Pejabat Dekan Fakulti.
7. Menyediakan sebuah gelanggang badminton bergarisan berhampiran tempat letak motosikal di Fakulti Pendidikan.
8. Menyediakan dua buah tong sampah berhampiran dengan Gazebo.
4. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak Prof. Dr. dapat mempertimbangan dan meluluskan permohonan cadangan ini. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Prof. Dr. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
MOHD IZZUDDIN BIN MOHD PISOL
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Pendidikan
Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k - Fail Presiden PMUKM sesi 2010/2011
- Fail Setiausaha Agung PMUKM sesi 2010/2011